Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh




Giveaway ini TAMAT pada 17 Februari 2018 

Sales Guardian Membunuhku!!!

Huaaa... tak tahan rasanya bila guardian buat sales sampai 50% , Hati wanita mana tak tergugat. Huuuuu!!

Sejak guardian buat sales , rasanya aku orang paling kerap datang guardian tau. Siap cashier guardian tu pun dah kenal aku. Haha

Sales Guardian Membunuhku!!!

Barang kat atas ni actually bukan lah barang pertama yang aku beli masa sales.. rasanya ni barang kali ke 5 aku beli.. Haha , ada yang tak sempat nak ambik gambar lagi.Yang ni sehari sebelum CNY aku beli. Aku ambik sunscreen tu , hair cream , face mask dengan eye mask. Semua tak guna lagi. Nanti dah guna aku review k.

Sales Guardian Membunuhku!!!

Rasanya , ni adalah belian pertama aku masa make up day sales , tapi aku tak beli pun barang makeup. Sebab giler sesak guardian masa ni. Aku siap survey 3 cawangan lagi. Seriuss.. Haha. Sebenarnya aku nak beli powder silky girl yang orang dok viral dalam group kecantikan tu. Tapi semua kehabisan stok. Yang ada pun , tester je. kui kui. Di sebabkan tak nak keluar dengan hati yang kecewa.. maka aku beli je lah barang lain. Janji ada.. Nutox tu aku dah review baru-baru ni. Ada masa nanti korang baca lah erk..

Sales Guardian Membunuhku!!!

Haa.. yang ni second purchase.. sebenarnya ada 4 5 barang lagi tak sempat gambar. Anak aku dah rembat dulu. Ada blusher , eye liner 2 biji , eyeshadow dengan eyebrow pencil. Semua aku tak guna lagi. Takde lah beriya sangat nak guna. Tapi harga murah kan. Ambik je lah. Kot lah esok-esok nak guna. Tak pun boleh bagi kat adik nanti.

Laki aku pandang-pandang je masa ambik barang tu semua. Haha. Siap dia cakap , jangan sampai expired pulak. Tau-tau je husband i. Kahkha. Sebab last month banyak barang yang aku dah buang.. Tak habis guna pun , tapi bila sales.. beriya sangat beli. Lumrah lah kan kaum wanita.

Haa.. korang beli apa.. meh lah share sekali.. hihi. Seronok kan shopping. Rambang mata teruk weh!!!




COPYRIGHT 2014 By aisyahambris