17 Jan 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

15 Jan 2016

Weekender Jokes!



lolz... boleh stress chat dengan orang macam ni.. Kah kah!

14 Jan 2016

Tips Bangkit Dari Kejatuhan

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni , selalu je dengar orang bunuh diri kan.. Memang dah trend eh macam tu?? Hmmm.. susah jugak nak cakap , kang orang kecam aku pulak.. hihi

Tapi pada pendapat aku... tak kan semudah itu kau menyerah kalah kan.. Tak terfikir ke kenapa Allah jatuhkan kita?? Mungkin kita dah terlalu jauh dari DIA...  Aku pun tak adalah sempurna mana kan , dunia ni berputar.. mungkin hari ini kita nun jauh di atas sana , siapa tau esok lusa... kita berada di bawah pulak. Sebab tu lah , kita jangan terlalu mendongak ke langit.. Ingat tu!!

Tips Bangkit Dari Kejatuhan


Apa yang perlu kita lakukan bila mengalami masalah macam ni...?? Meh aku bagi tips sikit.. sebab aku sendiri dah mengalaminya...

Benda pertama kau harus ingat adalah Muhasabah diri setiap masa... tak kira siang atau pun malam. Inshaa Allah kita dapat tenang kan diri slow slow...

Yang kedua... Jangan lupa , apa yang kita ada sekarang semuanya pinjaman dari-Nya. Mungkin hari ni kau ada segala2nya ,tapi esok lusa... mungkin Allah akan tarik segala2nya , Bila kita beringat... Inshaa Allah semuanya "cool"

Kemudian , bila kita mengalami kesulitan yang besar,, hadapi lah dengan tenang . Redha dengan ketentuan nya.. yakin dengan janji Tuhan , setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Motivasi kan diri sendiri.. benda ni paling aku suka , tiap kali ada benda yang buat aku down , aku cuba untuk motivasi kan diri. Tak perlu nak motivasi dari orang lain! Ingat.. tak ada siapa yang boleh tolong kita melainkan diri sendiri.. Kenapa aku kata macam tu... Ok , kata lah kau putus cinta... member kau dok nasihat itu ini , tapi kalau diri kau sendiri tak boleh nak terima nasihat orang pun tak ada guna nya.. Nekad dalam diri " Aku harus kuat!! Aku perlu ke hadapan.. ada perkara yang lebih baik menunggu aku di hadapan " Yesss.... masa hadapan kita , tak ada siapa yang tahu...

Jatuh dalam perniagaan?? Kenapa harus takut..kenapa harus bersedih????Bukan kah untuk mendapat kejayaan yang lebih besar , kita harus lalui semua itu dulu....Banyak kan bersedekah... Inshaa Allah , keuntungan datang berganda.. itu janji dari-Nya..

Aku harap.. apa yang aku share dapat bantu orang2 di luar sana untuk lebih berani bangkit ke hadapan... Aaminn....



Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network

Assalamualaikum


Terima kasih +Ms Qiya Saad  jemput shaz join GA meletop ni.. Makaiiihh hadiah , emas no... Harap2 ceq menang naa... kih kih

Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network

Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:-

1. Barang kemas 916 0.5g - 1.0g (Top Refferel)
2. 1x Voucher Discount 30% pembelian barang kemas 916 2.0g ke bawah di FB page Qiya Infinity Trend atau Sayap Infiniti Network
3. 5x Hadiah saguhati Royalty Card Member (10% Discount pembelian barang kemas) Sayap Infiniti Network.

Tarikh penyertaan adalah bermula pada 14hb Disember 2015 sehingga 14hb Jun 2016.

Syarat-syaratnya pula mudah je cuma ikut a few steps kat bawah ni ye...

Xiaomi Yicam Camera

Assalamualaikum

Kalau korang perasan.. sekarang ni ramai je yang dah guna xiaomi yicam camera tu , mana tak nye.. harga lebih murah berbanding hero 4 kan.... Sangat lah jauh beza! Kalau kau jenis yang suka kumpul gadget.. mesti kau akan beli punye! serius murah.. dalam 300 hengget je tak silap.. tapi bukan full aksesori lah! standard je... Sekarang banyak je jual kat instagram , hari tu aku beli kat lazada.. Sebab masa tu promotion! Maka aku pun grab la satu , murah punye pasal.. Haa , kira murah arh berbanding hero 4.. Teringin jugak hero 4 tu , tapi simpan dulu... hihi , aku lebih suka guna duit 1k lebih tu untuk shopping dress baby girl aku.. Kahkah! walau hati kecil ku ini membuak2 nak kan hero 4 jugak.. grrr

So far , aku sangat2 puas hati guna yicam camera ni walaupun dia tak la semahal go pro.. kalau mengikut pembacaan aku melalui google , tak banyak beza pun yicam camera ni dengan hero 4.. Sejibik kauu! Yang membezakan nya..adalah dari segi harga mahal dan tak , kualiti gambar pun seakan2 sama...  Tu pada pendapat aku lah , sebab aku bukan nya jurukamera handalan.. hihi

Ni antara gambar yang aku snap guna yicam....
-
-
-
-
-
-


Xiaomi Yicam Camera

Kualiti gambar agak ok jugak kan... Aku dah pernah try hero 4 , kualiti gambaq seakan2 je , mungkin ada beza dari segi keterangan pada gambar je , means warna pada gambar... selebihnya sama je.. tu pada pendapat aku lah.. Jangan pulak kecam aku , sebab lain orang kan lain pendapat.. Hiih

So setakat tu je lah... kalau nak beli , boleh beli kat lazada , dan pastika korang pilih supplier yang ok , dan tengok jugak lah review customer dalam tu.. kalau ok , kau rembat lah sebijik.. hihi



13 Jan 2016

Beli Barang Baby Direct Dari UK

Assalamualaikum-


Sejak kebelakangan ni , tetiba beli baju baby ni jadi satu hobi.. Alahaiii , Baby baru 4 bulan lebih.. baju kat almari dah macam 10 tahun dah.. penuh gilerr! Kihkih
Ntah kenapa boleh terjebak kat website Uk ni... mula2 tu , saja je tengok2 baju baby yang personal shopper from UK juai. Tiba2 hati terkenan pulak , nak tidur pun tak tenang tau! Asyik ingat baju baby yang comey2 je! Hihi

Maka bermula lah episod cari mencari di google.. Dari mana personal shopper beli barang.. Actually tak ada lah susah mana pon , ada setengah website memang menyediakan penghantaran direct ke malaysia... Postage? Depends lah.. ada website yang bagi free postage... so , far..selama aku shopping kat Uk web.. memang free postage arh! Even shop until 500++ , Takut je kena tax... so kene bijak lah kan! Kalau macam website yang tak menyediakan penghantaran ke malaysia , boleh je guna perkhidmatan like comgetaway.. dan banyak lagi , ntah nama ape..lupa dah! So far.. aku guna comgetaway je..sebab penghantara 4 days paling cepat...

So baru2 ni aku shop kat Next Uk... makaiiihh , seghonok kau!!! Baju toksah cerita lah.. Quality sangat cantik , yang aku suka.. dress baby tu mostly guna button kat belakang.. Aku tak berapa nak berkenan kalau dress baby guna zip! sebab kadang2.. badan baby merah kat belakang.. So aku memang reject arh baju yang menggunakan segala dato nenek zip ni.. even cantik mana pun! Aku bukan lah mommy yang cerewet.. but baby ni mana reti nak bagitau tang mana yang sakit.. ye dok??

Ni antara baju yang sempat aku rembat melalui Next Uk...
-
-
-
-
-
-
-
-



Actually ada banyak lagi parcel yang tak sempat aku ambik..sebab seronok sangat..hihi , semangat nak cuci dan pakai kan anak aku.. baju ni senang mix and match ,sebab dalam satu website tu dia siap2 tolong mix and match kan je!!

Beli Barang Baby Direct Dari UK

Beli Barang Baby Direct Dari UK

Beli Barang Baby Direct Dari UK


Cukup 3 je lah aku show kat korang ye.. hihi , so far baju anak aku.. aku beli kat Uk website.. Sebab majoriti semuanya siap2 mix and macth.. rambang mata weh!! Lagi2 aku jenis malas nak keluar window shopping.. so ni la solution nye.. Klik2 je..hihi siapa kata duk rumah je save budget..duk rumah ni lah yang banyak keluar duit tau.. Husband aku pun naik bosan dah asyik terima parcel aku kat ofis.. kah!

Jadilah seperti aku.. ( trademark si rashid ) bijak , tak yah keluar isi minyak kereta and shopping.. buang masa and tenaga.. haha.. 

So kalau nak beli direct..boleh lah beli dari http://nextdirect.com Bukan takat barang baby..baju orang dewasa..brand nike , adidas semua pun ada...









12 Jan 2016

Kekecohan Breastfeeding

Assalamualaikum..

Hai uolss..

Tiap kali buka facebook.. ada je orang dok share pasai breastfeeding ni.. Ni sejak kes mommy yang dok upload gambar bf ke facebook kan.. Alahaii , bf memang lah tak salah , yang salah nya bila kau over excited , siap selfie and upload bagai. Aku pun excited jugak bf kan anak aku.. tapi tak adalah sampai nak selfie upload ke facebook! Cukup lah kau selfie pas tu whatsapp laki kau.. kongsi kat dia betapa gembiranya kau di kurnia kan susu yang banyak.. Hipsterrr sangat ke selfie macam tu????? Majoriti bagi komen macam ni lah kan kat facebook.. hihi , dah dah lah tu , dia dah mohon maaf kan.. kita pon bukan nya sempurna sangat.

Seriusss.. aku memang happy dapat bf kan anak aku tiap hari.. kadang2 kalau keluar rumah, benda pertama yang aku fikir kan , macam mana nak bf kan anak kat luar???Sebab before baby lahir lagi , aku dah set mind aku nak breastfeed kan anak.. Alhamdulillah , Tuhan makbul kan doa aku.. Dan sejak dari itu , aku usaha cari pelbagai cara macam mana nak breastfeed kan anak di luar... Giler doh , kalau main buka je tempat awam.. Sebab mesti ada aje orang akan pandang serong pada kita.. Yelah , mulut orang , macam mana nak tutup...

So , sebagai ibu yang bf kan anak jugak.. aku nak share cara paling mudah macam mana nak bf kan anak kat luar.. tak kisah lah dekat mall ke , time makan ke.. apa ke... janji dapat memudahkan ibu2 di luar sana...

Ok , kalau mommies yang memang full bf kan anak... senang je , kalau keluar... sila lah guna baju yang nursing friendly , nursing friendly tu macam mana jenis..? ni haa

Kekecohan Breastfeeding

Selalunya baju nursing firendly ni , dia ada zip bahagian tempat nak menyusu...Nampak tak??? Baju nursing friendly sangat2 memudahkan mommies yang memang bf kan anak kat luar.. sebab nye , kita tak perlu selak baju dari bawah.. so, bahagian perut pun takde lah terdedah kan.. kang nanti ada pulak orang dok jeling2... hmmm...
Dah ada baju nursing friendly??? Ok... cantik... korang guna pulak nursing cover..tak tau ghupe nursing cover macam mana??? tengok ni...

Kekecohan Breastfeeding

aku kalau ke mana2.. memang akan bawa nursing cover ni.. sebab baby ni bukan reti pilih tempat mana nak menyusu.. tak kira lah kau tengah berak ke , tengah makan ke... tengah shopping ke , kalau die dah nangis.. memang kau kena bagi jugak lah. So mommies , kadang2 hati tak kental sangat dengar tangisan baby.. so , terpaksa bf kan anak tak kira tempat.. sebab tu lah penting nya benda2 macam ni.. Nursing cover ni senang je jahit actually , kalau kau reti... jahit je lah , tak yah buang duit nak beli... kalau malas nak jahit , rasa nursing cover ni mahal.. Kau gune je lah apron kat dapur tu..toksah banyak songeh! Haha

Bilik Penyusuan?? Ok yang ni tak semua mall ada ye... selalunya , kalau mall tu tak ada ruang nak menyusukan anak.. aku dan husband singgah mana2 restoran yang aman damai sikit.. means, tak ramai pengunjung... dan aku akan pilih tempat duduk yang membelakang daripada pelanggan lain.. so bila aku nak bf kan anak..takde lah yang perasan... haa gtuu! Senang kot...

Bagi aku , selagi kita boleh cover... cover lah sebaik mungkin.. Tak yah upload bagai.. tapi dia dah minta maafkan.. Anggaplah semua tu pengajaran bagi kita semua supaya lebih berhati2... sekarang ni zaman "viral" kita sentiasa di perhatikan... boleh kata semua benda kecil akan jadi besar bagi orang lain.. ada je benda yang akan orang persoalkan.. walhal kita jugak makhluk Allah yang tak lepas dari melakukan kesilapan.. So berhati2.. Kalau kat luar ni , kadang2 cara nak dukung anak pun orang boleh ambik gambar kita kata salah..lepas tu ramai lah orang dok share jugak... walhal , ibu bapa tau je pon jaga anak macam manaa.... Apa yang penting , jaga aib masing2...sekali kau buka aib orang , berkali2 orang buka aib kau pulak.. Haa ingat tu!










Wordless Wednesday #2

What goes around comes around!!

Wordless Wednesday #2

SEGMEN YOU FOLLOW I , I FOLLOW YOU

Assalamualaikum...

SEGMEN YOU FOLLOW I , I FOLLOW YOU

Facebook : Kak Shaz

Instagram : Ladyshah

11 Jan 2016

Baby Ruam??

Hii

Sejak jadi mak2 ni kan.. buat blog mak2 , asyik nak share tips pasai baby je... bukan apa , at least first mommy boleh lah refer entry ni.. kot kot anak kena ruam ke apa kan..

Anak aku kulit dia jenis sensetif sikit.. kalau pampers ketat , cuaca panas... kompem ruam dia timbul..
Yelah , dah jadi mak kan.. of course lah risau , mana lah tau ruam tu tambah teruk ke apa.. Sebab tu lah kalau nak pakai kan anak pampers kena betul , tak boleh main belassah je! Lagi senang guna pampers pants aje.. Haa kan senang.. kihkih

Ok ok... berbalik pada cerita ruam baby tu kan , sejak baby i masuk 4 months ni... dia kene ruam lampin , Pelik.. nak kata tak sesuai dengan pampers.. ok je pun.. dari lahir aku bagi dia guna mamypoko... pampers ni je yang aku suka... tak ada pulak problem before ni , dah kenapa naik bulan terus kena ruam , haihhh kesian je aku tengok.. mula2 guna bedak agnesia yang merah tu.. coz my mom yang suruh guna... masa kitaorang kecil , mak guna bedak tu je.. tapi tak jalan pulak kat anak aku.. Lepas tu aku g lah farmasi , tanya kat sana apa yang sesuai.. diorang syorkan guna "sudocrem"

Baby Ruam??

Ni ghupe sudocrem.. price dalam 28 hengget je , ada 2 bijik dalam box... siap dapat free gift lagi.. kihkih , kira berbaloii arh.. satu simpan kat rumah , satu untuk travel... aku dengan laki aku suka sangat travel.. bila nak travel selalu lupa barang yang penting like cream herba baby..sudocrem ni , so aku tak nak serabut kan kepala hotak ni.. jadi aku simpan je kat dalam beg anak yang khas untuk jalan.. so tak ada masalah lupa ke apa... kan?

So far cream ni sangat2 lembut... memang sangat friendly dengan skin baby... seriously , aku jatuh cinta betol dengan sudocrem... sehari semalam je aku calit kat ruam anak , esok pagi nya dah ok.. makaihhhh . 

Baby Ruam??

Baby Ruam??

Nampak tak tekstur cream tu macam mana...smooth je kan.. Sebab tu lah aku berkenan sangat , so far.. sudocrem ni je jalan kat anak aku.. kira nya sesuai la.. Alhamdulillah.. heee
So uolss... boleh lah try , jangan biar tau lelama... kesian baby , kadang2 diorang rasa pedih bukan reti nak gtau... nangis je lah dia.. sebagai kena alert sikit setiap perubahan anak2.. Haa gtuuu!





8 Jan 2016

Perubahan Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin

Alhamdulillah pada yang baru sahaja menempuhi alam rumah tangga.. semoga dapat menjalankan tanggungjawap masing2. Inshaa Allah.

Well , banyak perkara yang kena kita tahu before memasuki alam perkahwinan ni... tak ada lah susah mana pun. Seronok je.. Tapi dalam keseronokan tu , kau jangan lah buat perangai lama kau masa bujang2.. Tak manis kot bini orang tapi perangai macam anak dara dulu. Hihi , Banyak perubahan yang berlaku hokeh! Pastikan kau tak mati terkejut !

Bagi aku , dalam apa2 hal pun , kita kena ada ilmu... tapi bukan lah ilmu hitam yang aku maksudkan... I mean , kalau nak jadi isteri orang tu.. kau kena lah belajar , cari gali... banyak kan membaca.. sebab tu lah guna nya kursus kahwin , semua tu ilmu lah yang kita dapat.. Jangan nak gi kursus kahwin semata-mata nak ambil sijil je , lepas tu kahwin... amboii hang! kemain lagi. Kang nanti dah kahwin... kau marah pulak laki kau sebab bagi bangun awal!! haaa... jangan lah macam tu.. Meh , baca perubahan apa yang akan berlaku selepas berkahwin nanti..


Benda pertama yang harus korang tau selepas kahwin adalah " bangun pagi " Benda ni sangat lah penting ye girls! Kau nak , laki kau bangun dulu lepas tu tengok kau macam batang pisang terbongkang atas tilam??? Haaa.. kalau tak nak , sila lah bangun awal.. dan buat breakfast untuk suami tercinta... Biar dia bangun je , breakfast dah atas meja... mau tak happy si suami...! Jangan lah bawa sikap malas bangun pagi kau tu masa bujang.. ntah langsir bilik buka ke tak dalam sehari tu.. kalau mak kau tak jerit pagi2 buta... tak bangun lah jawapnye!  Perubahan besar beb... bukan senang nak bangun pagi kalau dah biasa bangun pukul 12 tengah hari... Dah kau nak kahwin , harus lah redha.. tu belum ada anak lagi.. kang ada anak nanti , tau lah !


Ok bab ni... ntah nak kata macam mana , kalau dulu kau bujang2 tau masak maggie je.. tapi bila dah ada laki ni... segala resepi dato nenek pun kau nak save kat handphone... seriously , ni bukan cerita kosong ye... Kalau dulu masa bujang , memang kau tak kisahlah kau makan nasi dengan kicap je pun dah kira heaven... lagi2 maggie cup! makaiii macam makan beef stick je rasa... Haaa , kau ingat esok dah kahwin.. makan maggie cup tu seindah nikmatnya masa zaman bujang dulu??? Takde nye lah , kalau boleh... hari2 kau nak masak macam2... Lagi2 kalau kau dapat laki yang food lover , nak nye makan yang sedap aje. Takpe kot kalau dia nak makan kat luar.. kalau nak masakan kau jugak.. bersabarlah wahai perempuan.. redha lah jari jemari kau kecut menghadap sinki dari pagi..tengah hari ke malam... 

Perubahan Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin

Yeah i know , masa bujang kau mandi sehari sekali je kan..? tu kalau tak keluar rumah , tapi bila keluar rumah.... bukan main lagi perfume kau kan?? hoiii... bila dah kahwin nanti , benda pertama yang kau amalkan lah mandi pagi... eeeee , tak kuasa kang laki kau duk peluk kalau malas mandi... so kiranya , kau harus berubah bila dah berkahwin yee...bukan berubah jadi sailormoon , tapi berubah sikap lebih kepada kebaikan... Sayang suami tak?? Haa kalau sayang , jaga keperibadian.. jaga kebersihan.. Tak nak lah nanti laki kau shh shh dekat cik senah sebelah rumah... Haa gituuu!

Perubahan Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin

" Hoooiii mila... bilik kau ni bila nak kemas?? Haaa... gtu je lah setiap hari mak kau jerit , sampai nak koyak mulut mak hari2 suruh kemas bilik... Nampak tak kehidupan masa bujang... takde siapa nak ambil tahu..mak aje yang jadi supersayya hari2 menghadap sikap kita ni... Boyfriend pun ingat kau ni pengemas je , mana tak nya... keluar dating bukan main lagi semua rapi je...shawl pun lilit ikut bunga... Haha! Tau2 kat rumah.. hari2 mak kau jerit suruh kemas bilik... satu benda pun tak ade yang rapi... Haihhh , nanti dah kahwin... amboiiii cik hakak.... cadar siap english style lagi kauuu haa!!! pikat hati suami letew... suami duk atas katil sekejap je pun dah kemaskan semula.. 

Haaa... benda semua ni kau kena belajar awal2 tau , tak rugi sebenarnye pon cari ilmu.... belajar itu ini , kang takut nanti sikap masa bujang kau bawa sekali ke alam perkahwinan... nanti perubahan yang akan berlaku tu kau tak boleh terima.. takut nanti boleh jadi stress.. tak nak lah keluar mstar online nanti " isteri gila selepas seminggu perkahwinan di sebabkan stress " 

Actually banyak benda lagi... nanti dah kahwin kau tau lah , rajin kan membaca je... Inshaa Allah selepas kahwin nanti , tak ada lah kau terkejut beruk bila benda masa bujang kau suka buat tapi dah kahwin tak boleh buat... Ingat tuuuu



 FOLLOW INSTAGRAM : LADYSHAH_



7 Jan 2016

Tips Berdua Dengan Baby Di Rumah

" Macam mana lah nak masak ni , anak asyik nak dukung je...? " Pernah tak lalui perkara macam ni? Yess harus lah pernah... mommies yang ada kat luar sana , sudah pasti pernah lalui saat2 ni kan. Tak terkecuali diri ku ini. Dah lah first mommy.. grr!! Mula2 , cuak jugak... yelah habis je pantang , kau kenalah berdikari sendiri.. mandikan anak , bersihkan poo anak , tidur kan dia. Yang bab tidurkan tu memanglah seghonok.. dah kite boleh tido sekali.. ye dok? kihkih

Tapi.. tapi yang tak seghonoknye tu , bila kau nak kemas rumah , nak masak..haa time tu jugak lah anak kau merengek nak dukung.. letih weh! Dah lah anak 5kg lebih.. bayang kan kita pikul beras 5kg sehari suntuk? Mau tak lenguh tangan..

Ok , ni tips yang aku nak share macam mana nak handle si kecil bila tengah busy buat kerja.. benda ni yang aku amalkan , alhamdulillah... dalam masa yang sama kita boleh tolong diorang belajar benda baru..

Tips Berdua Dengan Baby Di Rumah


Firstly tu , aku baringkan baby kat playgrow je.. selalu baby cepat tertarik dengan benda yang colourful.. so , sambil2 dia leka bermain tu..  aku rushing lah buat kerja , masak , mandi.. Tapi pastikan jenguk baby dalam 5-10 minit macam tu. Makesure baby dalam keadaan ok lah.. Dalam masa yang sama , kalau tengah buat keje tu.. panggil lah nama baby , sekurang2nya dia tau kita ada dengan dia..

Tips Berdua Dengan Baby Di Rumah

Gunakan stroller yang ada kat rumah.. kalau baby dah reti guna baby walker , buh lah dalam baby walker.. tapi my baby tak reti lagi , so aku bagi duduk dalam stroller je.. Bila duk dalam tu , aku akan buka youtube kat tv.. bagi dia tengok learning video .. Haa , time ni lah aku vacum rumah.. mop lantai dan lap segala habuk dalam rumah... Nampak tak , kalau baby tak nak duk stroller jugak... masuk kan dalam playpen.. macam2 benda yang kita boleh guna dah sekarang... 

Tips Berdua Dengan Baby Di Rumah

Nampak tak , kegembiraan anak aku duk dalam stroller tu?? Dia ingat nak jalan leteww... Anak aku memang jenis duk dalm stroller , so tak ada masalah kot.. 

Kalau dua cara atas ni tak menjadi , haa tido kan je lah anak kau dulu.. baru buat keje rumah ,Tapi selalunya , kalau baby tido .. kita cenderung akan tido sekali... Kan kan... Hihi , So biasakan anak anda berdikari.. Mula2 tu memang agak sukar... Anak aku dulu pun jenis nak bedukung je..Sehari suntuk lah memang kena dukung.. Masukan dalam buai , baby tak nak... mungkin sebab dah niat awal2 lagi tak nak buai kot... tu yang baby tak nak...  

Mau tak stress bila baby asyik nak dukung je.. lagi2 kita yang mak2 ni , baru habis beranak.. memang lah mudah stress kan.. tu pasai rambut banyak gugur.. Huuu
Apa yang penting hati mesti kuat... baby memang akan nangis mula2 , jangan lah setakat anak "ngek ngek" kau dah  nak angkat balik dukung.. kalau macam tu , memang baby nak dukung manjang ler... Hati mak2 ni memang sensetif sikit.. tapi kalau nak ajar baby sesuatu , hati kena kental... jiwa harus kuat beb! Ececeh...

Alhamdulillah , berkat doa... dan usaha nak ajar anak tu berdikari... berhasil , now.. anak aku boleh je bagi baring depan tv.. nt dia tengok lah tv tu sampai penat... Masa tu lah aku buat kerja mana yang patut... lipat kain ke , kemas2 rumah ke... Tapi jangan lah kau bagi tengok cerita tagalog yang asyik peluk2..kiss... kan ada astro oasis... tak pun buka lah siaran "anta tanya...ana jawap" hahaha..

Tips Berdua Dengan Baby Di Rumah

Tu diaaa.... layan " anta tanya.. ana jawap " Haha... ntah dia faham ke dok... Kihkih

Semoga usaha korang semua berhasil ye mommy.. Apa yang penting.. "hati harus kental beb!"